Khamis, 28 November 2013

Cinta akhirat

bismillah

late 2.30 a.m.

muhasabah kematian itu adalah lenih baik.. saat ini hanya ingat kepada Allah dan kematian..

aku ingin mencari nabi. aku ingin mengenalinya.. aku ingin mencintainya..

aku ingin mencari mereka yang mencintai akhirat. aku ingin menyusul mereka yang mencintai akhirat.

aku ingin berbuat sesuatu untuk ummah..

aku ingin menjadi hamba yang dicintai Allah

Allah

Allah

Allah

maafkan hamba ya Allah..


dan kini aku temui misi aku. misi hidup ku. yang akan aku pegang selagi nyawa masih ada,

hidup untuk akhirat.

maka bermula skerg.. perkataanku adalah perkataan untuk akhirat. perbuatan ku adalah perbuatan untuk akhirat. tulisanku aku tidak mahu lagi hanya berkisar kehidupan dunia,, tapi ianya adalah untuk akhirat.

aku ingin mencintai akhirat.

aku ingin mencintai Allah

aku ingin mencintai Rasulullah

aku ingin mencintai mereka yang mencintai Allah dan Rasulya



semoga dapat aku menyusul mereka.

Isnin, 11 November 2013

Berkata

bismillah

apabila memberi motivasi

kena tahu motivasi yg negatif atau motivasi yg positif.

manusia itu tafsirannya berbeda..

walau maksud yang ingin disampaikan lain, namun pemikiran manusia itu ramai..

- jadi yang bermasalah itu bukan aku, tapi fikiran dia, kenapa fikir mcm tu? -

hurm.. sebab tu, jika kita gunakan ayat motivasi yang lebih baik, org yg membaca akan menjadi lebih termotivasi dan bukan dihidangkan dahulu dgn sangkaan negatif spt - erm dia ni nak cakap aku ke? -

kali ni saya menulis bukan utk memberikan motivasi, tetapi memang niat utk membuka realiti

Saya terkesan dgn penulisan ust Hasrizal Abd Jamil -  kadang2 kita rasa kita sedang memotivasi ummah, tapi rupanya kita hanya menabur supaya ummah lebih terkubur -

apa yg ustaz Hasrizal katakan adalah di dalam konteks yg berbeza.
boleh baca di sini : Dilema sebuah persimpangan diri

tapi saya x nafikan..
motivasi yang direct mengetuk itu akan membuat sesorg sgt2 terketuk.. hanya jika kena pada org yg betul.

sebab tu jika kita hendak memberikan kata2... kena lihat bagaimana org yg bakal menerima kata2 tu, waktunya sesuai atau tidak, tempatnya sesuai atau tidak, emosinya sesuai atau tidak..

itulah yang islam ajarkan : Hikmah.

kerana saya pernah diuji sebegini rupa, maka saya tidak mahu sahabat2 saya juga turut merasainya. baik yang memberi kata2 atau yang menerima kata2..

baru saya merasakan betapalah nak buat sesuatu ni bukan mudah.. entah berapa banyak hati yang telah saya lukakan.. maafkan saya.

Bergeraklah

bismillah

bilakah akan berakhir..

sapa pernah dgar.. dia tahu.

tapi saya x nak cerita panjang2..jadi saya buat kesimpulan je. hehe..

selepas beberapa hari dgar cerita ni..

ada seorg sahabat memberitahu 'jadilah arnab yang kedua..'

arnab itu bergerak secara konsisten. dan tidak berhenti separuh jalan. dan akhirnya memenangi perlawanan.

(dalam pemikiran aku sebelum ini. itu semua selfish. baik arnab, baik kura2. x memikirkan kebersamaan.)

tapi utk diri kita, secara personal.. bergeraklah secara konsisten.

ada org di sebelah kita, atau tiada org di sebelah kita, teruslah bergerak.. kerana Allah itu sgt dekat dgn kita

buatlah sesuatu utk ummah. jgn pernah berhenti.


Pesanan.

buat diri sendiri, buat sahabat2 saya, buat adik2 yg sedang membina..

ghayah kita kena jelas. hadaf kita kena jelas. kita buat bukan kerana manusia. tapi kita buat kerana Allah. kita buat bukan utk kita, tapi kita buat utk ummah.

kita nak membangunkan ummah yg bertamadun.yang akan membina daulah.

ianya bermula dgn diri kita. settlekan mutabaah amal. walau diuji mgkin dgn bagun lambat, tertggal tahajud, jgn pernah putus asa, esok2 kita usaha lebih.

kita rasa sahabat2 kita tiada sokongan, berilah sokongan kepada mereka

kalau kita rasa x kuat, carilah semula kekuatan.

jgn pernah berhanti bergerak..

kerana yang mengalir dalam tubuh kita adalah darah mujahid yg x kenal etri kalah.

nadi itu terus berdenyut.. lillah.

teruskan perjuangan ~

Togetherness

bismillah

lontaran idea di waktu study memang menjengah. adoi.

kehidupan kita bukanlah dgn kita-kita sahaja. tapi dgn org ramai.

apabila hidup dgn manusia. banyak benda kena jaga. hubungan dgn manusia sesama manusia.

dan sahabat2 kita banyak ragam.

tapi aku pegang pesan kak ain. pandang lah mereka dgn cinta sang nabi, maka engkau akan mendapati mereka semua layak utk disayangi.

aku x nafikan kalau kita hidup, kita sendiri nak kita dihargai dan begitu juga dgn org lain, nak kita hargai mereka.

- -; (aku nak ckp benda lain sebenarnya.)



jika kita pemimpin, treat anak buah kita semua sama rata dan adil. this two must come at one time.

kalau nak buat kerja, pastikan siapa yg patut terlibat maklum akan pergerakan baik sebelum atau selepas.

kalau kita nak buat kerja, walaupun kerja tu sedikit.. pastikan anak2 buah kita juga tahu dan diajak bersama.. bukan hanya segelintir yg kita rasa senang..

kita mungkin boleh put the blame on them : kita kan pemimpin, kenapa nak kena tggu org ajak baru nak buat kerja.. kadang2 kita perlu menghulurkan bantuan tanpa diminta, carik kerja, jgn mengharapkan sapa2 nak bgtau itu kena buat, ini kena buat.

jwpn utk alasan atas : bila kita menjadi org atas, mudah utk kita berkata.. tapi adik2 di bawah ini.. mereka sedg belajar.. perasaan mereka bercampur baur, keberanian mereka juga on off. sebab tu kita di atas perlu meraikan mereka. siapa pun mereka.

sebab tu.. kita boleh beza, biasanya pemimpin yg kita rasa senang adalah pemimpin yang hatinya bersama rakyat.. kita rasa dekat.. bukan pemimpin yang hanya pandai mengarah walaupun gerak kerja nya memang daebak!

tidak dinafikan : adik2 di bawah juga memainkan peranan, kena belajar berdikari, kena belajar, jgn tggu suap

.. skrg relate lah dgn motivasi yg selalu dicanangkan.
kalau kita buat kerja, at the same time ada org bersama kita, ada org (pemimpin) selalu care pasal kita, ada org bertanya kita, ada org puji kita, ada org hargai kita.. bukankah kita akan lebih rasa lebih semangat utk buat kerja?

saya faham, akan ada suara dalam yg mengatakan bahawa . kalau buat kerja harapkan pujian, harapkan org hargai.. di mana nilai ikhlasnya?

saya berkata bukan dari sudut org yg buat kerja, tapi dari sudut kita yang melihat mereka bekerja.

jgn lupa, Allah juga memotivasikan hamba Nya.

saat Rasulullah diuji, apa Allah kata? saat hamba Nya diuji dgn ujian perjuangan, apa Allah kata? saat kita lemah, apa Allah kata? saat kita baru nak melangkah tetapi rasa berat, apa Allah kata? saat kita rasa gementar apa Allah kata? saat kita beriman bukankah Allah menjanjikan syurga? Allahu ALlah..

terlalu banyak penghargaan, kasih sayang yang Allah berikan..

salah kah kita menzahirkan sifat Allah itu utk disalurkan kepada manusia? ..

apa yg paling utama, di saat kita menghargai anak2 buah kita, di saat kita memberi kekuatan kepada anak2 buah kita.. nisbatkan segalanya kepada Allah.. supaya dia dan kita lebih dekat pada Allah.

saya mengatakan ini kerana saya pernah bertindak tidak adil kepada anak2 buah saya. yg saya rasa lebih baik saya angkat.. tapi yg saya rasa ada sikap yg saya tidak gemar saya abaikan..

(ok, banjir)

treat them all same.
jangan lebihkan sesiapa pun. kerana mereka mungkin merasakan mereka tidak diperlukan.

jika kita di pihak mereka.. sedih bukan? jadi jgn biarkan mereka rasa apa yg kita rasa. buat yg lebih baik ye.